CUBA TEKA BABY ANDA BOY OR GIRL? PART 2


PART 2
" Macam mana Dr taw tu boy ke girl melalui scan? "


1) OK, waktu yang sesuai untuk melihat jantina baby anda?
 
** Semasa trimester pertama ketika detailed scan trimester pertama
(around 12-13 weeks), masa ni jantina baby anda dah terbentuk tapi belum kelihatan spesifik lagi..
** So waktu ni, Dr masih bole beri tekaan tapi tak boleh trima 100% k..
** Kadang2, Semasa 17 mggu, melalui ultrasound scan, kite dah boleh nampak jantina baby.
 
** Semasa trimester kedua ketika detailed scan trimester kedua ( around 20-24 weeks),
masa ini memang kelihatan lebih jelas dan spesifik jantina baby anda dan lebih accurate berbanding masa trimester pertama.
** Saya selalu rekomen dalam 22minggu ke atas
** Tapi, itu bergantung jugak dengan posisi baby. Kalo baby anda segan nak tunjuk, asyik tutup atau kepit kaki, Dr akan selalunye beritahu samaada jantina baby anda kelihatan jelas atau tidak :)
 
** Semasa trimester ketiga, waktu ni memang sangat2 jelas jantina baby anda. Cuma masalah yang mungkin dihadapi oleh Dr ialah kaki baby anda yang semakin membesar menghalang anda untuk melihatnya..
 
** Tapi berdasarkan pengalaman saya, trimester kedua atau ketiga, kalau kita bersabar dengan karenah baby, akhirnya baby akan menyerah kalah nak tunjuk jugak samaada dia baby boy atau baby girl :) 
 
** Tapi kena ingat jugak, jantina baby anda dalam ultrasound scan bukan 100% accurate. Paling tak pun 99.9% sebab yang paling accurate adalah masa anda melihat baby anda sendiri ketika melahirkannya :) :) 
 
** Untuk ketahui jantina baby, selalunya hanya melalui 2D scan sahaja. (gambar hitamputih). Gambar 3D scan (gambar berwarna) hanya boleh ditunjukkan jikalau baby anda betul2 buka kaki dan nampak dengan jelasnya. Jadi, Kesimpulannya, anda hanya perlukan 2D scan shj utk ketahui jantina baby.   


2) Imej mana baby boy/baby girl?


Imej 1 dan 3 adalah baby boy.. 
Imej 3 versi 2D, and Imej 1 versi 3D..
** Dr akan cuba tengok di celah kaki baby anda. Kalau kelihatan macam "telur" and ada "batang" atau nama sainsnye, anda nampak scrotum dan penis, HERO la baby anda ye :)
** Selalu baby boy senang untuk dilihat tp dengan syarat dia tak kepit kaki : )
** Kalau kepit kaki, boleh tersilap ingat baby girl..

Imej 2 dan 4 adalah baby girl.. 
Imej 4 versi 2D, and Imej 2 versi 3D..
** Kalau baby girl, di celah kaki baby anda, anda akan nampak seperti 2 bibir,  akan kelihatan 3 line (garisan) atau kita panggil " burger sign".. Bole bayang kan..hehe..
** Tapi selalunya, baby girl ada ruang untuk kesilapan sebab macam saya cakap td, bergantung kepada posisi baby k :)

So lepas2 ni, bila anda scan dengan Dr, cuba teka dahulu sebelum Dr anda beritahu k.

** Untuk lebih lanjut cmna jantina baby anda terbentuk, cuba tengok vid ni k..




UPDATE 2022

Jikalau anda berminat untuk melalui sendiri pengalaman scan
Ekslusif bersama Dr Siti Suhaila..
JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA UNTUK SCAN BERSAMA DR SITI SCAN
(DR SITI SUHAILA) 


https://3d4d-scan.com/baby-package/
https://3d4d-scan.com/contact/

*picture girl 2d gender credit to babyultrasounds101.blogspot.com

.