APA ITU ULTRASOUND SCAN?

PESAKIT:
"Dr, ultrasound scan tu sama dengan Xray, Ct scan sume2 tu eh...? Maksudnye saya tak bole pakai barang kemas atau jam tangan atau bawa handphone semasa pemeriksaan kan..."

Gambar-gambar diatas neh kita panggil sebagai Ultrasound scan. 

      Ultrasound scan sebenarnya menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk menghasilkan imej-imej gambar organ2  yang terdapat di dalam badan kita atau bayi yang sedang dikandung. 
      Gelombang bunyi yang digunakan akan dihantar menerusi badan kita dan seterusnya dipantul semula ke mesin untuk menghasilkan imej gambar. 
      Ultrasound scan adalah satu prosedur yang tidak invasif. Ini bermaksud tiada jarum digunakan untuk mencucuk anda ketika pemeriksaan. Hanya diperlukan ialah gel yang perlu diletakkan pada badan anda. 
Pesakit saya pernah berkata " Eww, melekitla gel nie. Kenapa buat ultrasound kena letak gel?"
-Ini adalah kerana kalau tiada gel, gelombang bunyi dari mesin tak dapat masuk ke dalam badan anda. Jadi tak dapatlah saya nak tunjuk organ/baby di dalam badan anda. 
- Terdapat konsep fizik disebalik penggunaan gel nie tapi saya rasa tak perlu nak serabutkan kepala anda...
      Alat-alat seperti Xray, CT Scan, MRI dan lain-lain. Konsep dan applikasinya adalah berbeza dengan ultrasound.
**Menurut kawan2 saya dalam bidang radiography-- Barang kemas, jam, handphone atau ape2 brg hanya perlu dibukak atau dialihkan bile nk XRay kat sesetengah bahagian badan and barang2 tu macam "mengacau proses tersebut"
**Kalau MRI plak, sebab menggunakan "Magnetic force" jadi apa2 brg yang diperbuat daripada metal bole menganggu. Jadi pada masa inila memang xle bawak masuk dalam bilik MRI dan sepanjang prosedur tersebut.
     Semasa melakukan pemeriksaan ultrasound, xperlu risau jikalau anda membawa handphone ke, memakai jam tangan ke dan lain-lain.