UPDATE 2022
*BABY SCAN TRIMESTER KEDUA
Ramai org salah faham suka buat 3D/4D/5D masa baby da besar
-contoh bila kandungan da nak masuk 8 bulan..
**Sebenarnya waktu paling sesuai utk buat 3D/4D/5D semasa baby anda tidak terlalu besar dan semasa air ketuban masih banyak..
** Kalau berminat nak tengok SELURUH BADAN BABY dalam satu gambar dan detailed scan, 20-24 minggu sesuai.
**Kalau nak tengok muka baby, anda boleh mula scan dalam 22-30 minggu.
** Waktu yg "cantik" untuk lihat MUKA BABY anda BamBam, dalam 26-30 minggu kandungan.
** Tapi kene INGAT, semua bergantung kepada kedudukan baby, kedudukan uri, jumlah air ketuban dan faktor-faktor lain..
> Jadi, sebelum dtg sesi scan, sila pujuk anak anda tunjuk muka k
Satu lagi tambahan tips,
- Disarankan untuk Minum Banyak Air dan Jangan Kencing sebelum sesi scan anda untuk peluang dapat tengok baby dengan lebih jelas.