PERLU KE MAKAN FOLIC ACID??

UPDATE: 2022

Semasa kita mengandung atau sebaiknya Sebelum mengandung lagi, Dr sarankan anda ambil suplemen Folic Acid atau nama biasenya Vitamin B9.

Tapi, tahukah anda folic acid untuk apa terutamanya ketika mengandung?

folic acid

So entri kali ni, saya nak cerita Kepentingan folic acid terutama untuk wanita. 

SOALAN 1- APA ITU FOLIC ACID..
** Kalau cerita mendalam tentang hal kimia, jadi rumit kan untuk kita faham.
** Yang perlu kita tahu, Point penting- folic acid/ folate adalah sebenarnya VITAMIN B9... Ia boleh didapati dalam makanan harian kita secara semulajadi atau ambil suplemen.

** Folic acid suplemen lebih mudah lagi penyerapan dalam badan berbanding dalam makanan semulajadi. Sebab tu ramai Dr galakkan ambil suplemen.

** Folic acid boleh diambil tidak kira wanita atau lelaki. Wanita tak kira sebelum berkahwin, sudah berkahwin, sebelum mengandung dan semasa mengandung digalakkan untuk ambil.
**Antara makanan yang kaya dengan folic acid adalah seperti berikut:



SOALAN 2- APA FUNGSI FOLIC ACID?
 
** Antara fungsinya ialah menghasilkan sel darah merah, membentuk dan membina DNA, dan membantu dalam penghadaman protein.
** Ketika mengandung, Folic acid membantu dalam pembentukan placenta baby dan pembesaran baby.
** JUGA point paling penting, membantu dalam pembentukan sistem saraf baby- otak, saraf tunjang dan lain- lain.
 
folic acid
 
 
folic acid
 
 
SOALAN 3- Kalau tak makan ketika mengandung, apa yang mungkin akan terjadi?
** Pembesaran baby boleh terbantut sebab tak dapat nutrisi yang mencukupi.
** Pembentukan sistem saraf akan terganggu dan menjadi tidak normal.
** Baby kemungkinan mengalami Masalah Penyakit seperti:
- SPINA BIFIDA (masalah kecacatan dimana "tulang belakang terbelah"
- ANENCEPHALY (tiada tulang tengkorak)
- CLEFT LIP/PALATE (klef bibir/lelangit)
- ATRIAL SEPTAL DEFECT (jantung berlubang)
 
 
birth defects
Info tambahan: 
 
Semasa anda mengandung, apabila anda melakukan Detail Scan Baby (dalam 20-24 minggu), kita akan periksa struktur organ yang ketara di dalam baby termasuk pemeriksaan berkait masalah yang boleh terjadi seperti dijelaskan diatas.
 
 
Jikalau anda berminat Detail scan, anda boleh klik link dibawah:
 
 
Malangnya saya pernah melihat keadaan seperti ini di hospital. Baby tersebut mempunyai masalah ANENCEPHALY (tiada tulang tengkorak) dan tidak dapat hidup.
Ibu tersebut tidak mahu makan folic acid :( :(
 
 
* Anda boleh Tonton video dibawah supaya anda lebih memahami dengan visual yang diberi.
 
 
 
KESIMPULANNYA: SAYA SANGAT SARANKAN SEMUA PESAKIT2 SAYA MENGAMBIL FOLIC ACID.. 
*Sila berbincang dengan Doktor anda tentang dos optima untuk diri anda ye..
 
 
 
Video/Pictures credit to:
manipal hospital
pregnancyvideo.net
http://www.knowabouthealth.com/want-smarter-kids-take-iron-folic-acid-during-pregnancy/7270/
http://www.blackwomenshealth.com/blog/the-importance-of-folic-acid/
http://xhansx.blogspot.com/2010/05/folic-acid-for-pregnancy.html?m=1
http://mistyhorizon2003.hubpages.com/hub/Why-Everyone-Should-Take-Folic-Acid
http://www.exhibithealth.com/general-health/12-foods-rich-in-folate-678/
Video credit to Nucleus Medical Media, sponsored by Skillshare.

#folicacid #folicaciduntukapa #folicacidwanita #folicacidlelaki #folicacidmengandung #folicacidhamil