APA ITU FETAL KICK COUNT?

APA ITU FETAL KICK COUNT?


SALAH FAKTA: RAMAI YANG PERCAYA BABY AKAN SEMAKIN KURANG BERGERAK TERUTAMA BILA HUJUNG2 TIME MENGANDUNG.

SEBENARNYA, TIADA ISTILAH BABY KURANG GERAK SEPANJANG ANDA MENGANDUNG. 

MUNGKIN CARA PERGERAKAN BABY BERBEZA DALAM SETIAP TRIMESTER, TAPI TAKE NOTE MUMMY, BABY KURANG GERAK ADALAH TANDA YANG HARUS DITITIKBERATKAN.

 

 
Pabila da masuk trimester ketiga, nurse2 dan doktor pasti suruh anda mengira pergerakan baby dalam sehari kan?
 
Persoalannya: Kenapa saya kena kira dan adakah perlu?
 
Jawapannya ialah: Ya memang perlu dan sebenarnya tindakan ini sangat penting.....
 
Okey , macam ni. Hanya ibu yg mengandung sahaja taw samaada anak mereka tu berkelakuan normal atau tidak dalam rahimnya.
Senang crite, Mother's instinct/ Firasat hati ibu is Always RIGHT. 

Perlu ingat-Setiap baby adalah berlainan.. Kandungan pertama x sama dengan kandungan kedua...

So, Fetal kick count ini adalah satu cara untuk lebih mengenali anak anda.. Bila waktu dia paling aktif, bila waktu dia tidur dan kalau tetibe dia tak aktif, kita akan jadi sangat berjaga2...Sebab banyak kes yang telah berlaku  di mana baby kurang bergerak tapi ibu tidak pasti sangat2. Bila akhirnya jumpa Doktor, baby anda telahpun lemas dan meninggal dunia..Keadaan ini sebenarnya boleh dielakkan. Sebab tu luar negara dan negara kita sendiri sangat2 menekankan ibu2 untuk melakukannya..

** P/S: Jika anda menggunakan Fetal Doppler, sila jangan terlalu bergantung kepada alat itu ye. Ini adalah kerana Fetal Doppler bukan sahaja merekod aktiviti jantung baby dalam kandungan, tetapi alat itu juga merekod aktiviti pergerakan sel darah merah dalam saluran darah ibu. Jadi alat tersebut  boleh memberi Keputusan "False Positive". Anda juga perlu tahu menggunakan alat tersebut dengan cara betul untuk mendapat bacaan yang lebih tepat. 
 
Sebab tu selalu saya Ingatkan. Firasat Hati Ibu adalah paling bagus.
 
Cara kira pergerakan baby, 
 
Ni contoh website mereka http://www.countthekicks.org/
 
 
So, Macam mana nak buat Fetal kick count?
 

1- Contoh dari pukul 9pagi- 9malam, anda mula catit pergerakan baby anda.
2-Selepas tu, cuba rekod brp masa diperlukan untuk baby menendang dan bergerak 10 kali. Apabila baby anda banyak bergerak dalam satu masa, itu kita kira sebagai 1 pergerakan. Tunggu beberapa minit kemudian, anak anda bergerak lagi, baru dikira pergerakan kedua dan seterusnya.
 
3- Then, cube rekod masa terakhir cukup 10 kali pergerakan baby tu..
 

ni contoh yg saya jumpa dlm internet.
 http://2.bp.blogspot.com/YngWUOiEacQ/T3Pd0WW7u9I/AAAAAAAACwQ/wdSoyF95V30/s1600/Photo0442.jpg
 
4- Kalau anda rasa baby anda lain semacam kurang bergerak daripada biasa, cuba anda minum air sejuk, or makan makanan manis sedikit or anda cube bergerak2.. Then perhatikan macam mana ada perubahan x..
 
5- Kalau masih tiada pergerakan aktif, sila berjumpa dengan Dr untuk lebih kepastian k.
 
Sekarang dah dapat App kat fon utk membantu anda..
Anda boleh cuba cari yang mana sesuai untuk anda.
 
 
Untuk lebih lanjut anda boleh try tengok video ni.. Dr ni explain dengan lebih jelas.. Selamat menonton :)




 .