KURANG DARAH SEMASA HAMIL?

KURANG DARAH SEMASA HAMIL ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI ANEMIA...


APA ITU ANEMIA/KURANG DARAH SEMASA HAMIL?
* Secara ringkas, anemia/kurang darah merujuk kepada sel darah marah yg kurang dalam badan kita semasa hamil..




FUNGSI SEL DARAH MERAH?
Di dalam sel darah merah ada Hemoglobin yang berfungsi sebagai pengangkutan- dalam membawa gas Oksigen drpd paru2 ke seluruh tisu badan dan mengambil sisa Karbon dioksida drpd tisu badan ke paru2 untuk dibebaskan kemudiannya melalui pernafasan..




KENAPA BERLAKU ANEMIA?
* Pelbagai punca boleh menyebabkan seseorang mengalami anemia.. 
* Tapi, kebanyakan kes adalah disebabkan Kekurangan zat besi/iron dalam badan kita. 
* Dalam entri ini, saya hanya akan bercerita tentang Anemia disebabkan kekurangan zat. (Iron deficiency anemia in pregnancy)

* Bila seseorang mengandung, jumlah keperluan sel darah berlipat kali ganda sebab sel2 darah merah itu diperlukan untuk ibu dan baby..
* Jadi kalau Dr mengatakan anda mempunyai masalah kurang darah, mereka selalu akan cuba mencari punca anemia berlaku.. 




BILA DIKATAKAN ANDA MEMPUNYAI ANEMIA?
* Mengikut WHO, berikut adalah kriteria2nya..


APA YANG PERLU BAKAL IBU LAKUKAN?
1- Sentiasa pastikan anda membuat regular check up dgn Dr anda untuk mengetahui dgn lebih lanjut punca dan progress Hb anda.. 
2- Jangan lupa makan ubat suplemen yg Dr anda bagi untuk meningkatkan zat besi anda..
3- Cuba amalkan pengambilan zat besi daripada sumber makanan. Kalau nak cepat naik jumlah sel darah merah, cuba anda makan daging2 yg "merah"> Contoh steak ke :)




4- Anda juga perlu mengambil makanan yg kaya dengan Vitamin C kerana Vitamin C akan membantu dalam penyerapan zat besi di dalam badan.. 



Jadi kesimpulannya, walaupun anda mempunyai kekurangan darah semasa hamil disebabkan kekurangan zat besi.. Jangan risau k kerana masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang betul.. :)


credit pictures to: 
http://www.medindia.net/patients/patientinfo/images/anemia-pregnancy.jpg

http://ehealthmd.com/yms_images/55551170.jpg\

http://www.medindia.net/patients/patientinfo/images/iron-deficiency-anemia.jpg

http://www.healthinternetwork.org/the-best-bodybuilding-routine-and-diet/

http://www.top10homeremedies.com/wp-content/uploads/2013/09/anemia_2Dsuper_2Dfoods.jpg

http://www.uspharmacist.com/CMSImagesContent/2010/9/_USP1009-Anemia-T2.gif