ANIMASI APA YANG BERLAKU KETIKA MENGANDUNG


ANIMASI APA YANG BERLAKU KETIKA MENGANDUNG

Rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua..
Semoga anda enjoy cuti panjang wikend...

OK, ramai ibu-ibu yang sedang hamil, pasti mempunyai symptom seperti pedih ulu hati, rasa susah nak bernafas, jantung berdegup laju, sembelit, kerap kencing dan lain-lain.

Pertama sekali, ingin saya katakan, semua yang tertera diatas adalah fenomena semulajadi yang terjadi kpd bakal2 mummy.. 

Tapi untuk kepastian, periksa dahulu dengan Dr anda. Beritahu mereka apa yang anda alami. Selepas pemeriksaan, dan Dr sudah memastikan bukan masalah kesihatan lain,  baru Dr akan cakap,
"OH INI ADALAH NORMAL.. TAK PERLU RISAU."

Animasi dibawah menjelaskan secara ringkas kenapa anda berasa sedemikian.. 

** Trimester Pertama- 
Perubahan hormon menyebabkkan anda berasa loya, kuat mengidam makanan (food craving), dan kadang2 berasa lemah badan.

** Trimester Kedua- 
baby semakin membesar. Hati, perut ibu akan tertolak dan kadang pesakit berasa pedih ulu hati. Jantung ibu juga akan mula berdegup laju.

** Trimester Ketiga- 
Baby semakin besar, dan organ2 ibu tertolak.. Paru-paru macam sempit ruang untuk bernafas, usus ditolak ke tepi oleh rahim, dan pundi kencing ibu ditekan oleh baby dalam rahim.. 




SELAMAT MENONTON :) 

Credits to: