AIR KETUBAN & KEPENTINGANNYA.. PART 1


AIR KETUBAN (Amniotic Fluid @ Liquor) & KEPENTINGANNYA.. 
PART 1

Semasa mengandung, setiap kali scan, Dr wajib tengok air ketuban dalam rahim samaada mencukupi atau tidak. 

Jadi, apa itu Air ketuban?

Air ketuban juga dikenali sebagai Amniotic Fluid atau Liquor.
Air ketuban adalah sejenis cecair jernih, sedikit kuning yang terdapat dalam karung baby dalam rahim.

Air ketuban ni mengelilingi baby anda semasa dalam rahim.
Senang cerita, bayangkan air ketuban tu macam swimming pool di dalam satu belon (karung dalam rahim) dan baby anda berada di dalamnya.

Apakah Fungsi Air Ketuban?

Air ketuban adalah sangat penting. Antara fungi air ketuban ialah:

= Memberi ruang kpd baby untuk membesar dan bergerak bebas.
= Melindungi baby daripada sebarang trauma yang berlaku di persekitaran luar.
= Menjadi penghadang daripada mudah dijangkiti infeksi.
= Mengekalkan suhu agar baby tidak mengalami suhu yang terlalu tinggi atau rendah.
= Membantu pembentukan, progresi dan kematangan sistem penghadaman dan sistem pernafasan baby dan lain-lain.
Jumlah Air Ketuban?

Air ketuban akan bertambah sepanjang mengandung.

Dalam trimester ketiga, air ketuban akan mula berkurangan tetapi asalkan masih dalam julat normal, ini adalah perkara biasa. 




Bagaimana Air Ketuban terbentuk?

Pada mulanya, air ketuban terbentuk daripada Uri (placenta) dan Membran Amnion (amniotic membrane & amniotic cavity).

Apabila baby semakin membesar, baby mula memainkan peranan dalam penghasilan air ketuban.

Secara ringkas, air ketuban itu terhasil melalui cara berikut:

-  bendalir yang dirembes melalui kulit baby
-  proses baby menelan dan kembalikan ke persekitaran
-  ** proses urinasi- baby kencing (buah pinggang baby harus berfungsi dengan sebaiknya) 
-  rembesan yang terhasil dalam pembentukan dan kematangan sistem pernafasan.

Jadi, air ketuban bukan semata-mata cecair sahaja. Tapi ia juga mengandungi mineral-mineral juga. 

** Semasa mengandung, proses urinasi menghasilkan kebanyakn air ketuban. Namun, segala yang terhasil adalah bersih. Jadi anda tidak perlu rasa pelik berkenaan dengan air kencing dalam air ketuban. 

*Dalam entri lain, saya akan ceritakan tentang mengapa berlaku keadaan air ketuban sangat berkurangan atau berlebihan. 


pictures credit to:
http://mom.girlstalkinsmack.com/image/062013/19/91726883.jpg
http://www.slideshare.net/sandeshkamdi/amniotic-fluid-13568993
http://www.slideshare.net/secondopinion2/amniotic-fluid-11535804?related=1