TAHUN 2021- TAHUN BARU HARGA SCAN BABY SAMA

2021 Tahun Baru untuk kita semua. 




Saya pasti ramai orang termasuk diri saya sendiri melalui Tahun 2020 dengan penuh suka duka apabila satu dunia masih lagi dalam usaha untuk melawan Covid sehingga ke hari ini.

Maaf saya kurang aktif dan sudah lama tidak update blog saya. Selalunya saya akan update info terkini dalam Facebook dan Website saya. 

Anda boleh Lawati & Follow saya untuk info terkini di:


Setakat ini, pada tahun 2021, Alhamdulillah selagi ada rezeki saya masih lagi akan melakukan scan baby di klinik di Jalan Gombak.  InsyaAllah selagi berkemampuan, saya akan memberi kualiti servis terbaik kepada semua pesakit saya. InsyaAllah kami masih cuba menawarkan harga scan baby murah dan berpatutan untuk anda semua. 

Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pesakit saya yang sentiasa memberi sokongan walau di mana saya berada. Saya amat terharu apabila ada juga yang masih mencari saya selepas kandungan pertama, kedua, ketiga dan alhamdulillah ada pesakit mempunyai rezeki anak keempat dan semuanya scan bersama saya. 

Pengalaman berkongsi scan bersama anda dan keluarga sangat bermakna bagi saya. Tambahan apabila dapat melihat anak-anak anda membesar dengan sihat dan datang sekali ketika sesi scan adik baru dalam kandungan ibu. Sangat2 best moment tu. πŸ’“ 

Alhamdulillah seramai lebih daripada 700 pesakit yang sudi berkongsi pengalaman scan mereka bersama saya dalam website. ☺ Saya amat menghargainya. 

Antara contoh testimoni ada saya sertakan di bawah post. 

Untuk makluman semua, mulai Februari 2021, InsyaAllah sesi scan akan diadakan setiap hari Ahad di Jalan Gombak. 

Ingin saya tekankan di sini. Seperti biasa, keutamaan saya adalah kesihatan baby anda dalam kandungan. 

Antara Scan baby yang Ibu hamil perlu tahu adalah seperti berikut:

  • 2d Basic Growth scan, anda dapat mengetahui keadaan tumbesaran baby dan scan jantina baby dalam kandungan.
  • 2d Detail Scan Baby adalah Baby Scan yang lebih menyeluruh. Selain periksa tumbesaran dan scan  jantina baby, kami juga akan memeriksa dan mengenalpasti masalah struktur organ ketara dengan lebih mendalam.
  • 3D/4D scan baby dan sebagainya adalah scan bonus. Untuk ketahui kesihatan baby semuanya menggunakan 2D scan baby. 
  • Semasa scan terutamanya Scan 3D/4D,  anda dapat melihat gelagat baby. 
  • Kadang-kadang senyum, menguap, marah kene kacau, jelir lidah dan banyak lagi.
  • Kegembiraan berkongsi bersama ibubapa pada ketika itu... PRICELESS...
  • πŸŽπŸ† Itulah yang saya inginkan semasa sesi scan baby bersama saya. Dr Siti Suhaila atau lebih dikenali sebagai Dr Siti Scan dalam dunia digital😁. Kedua ibubapa berasa happy, berpuas hati dan Paling Penting lebih mengetahui keadaan kesihatan baby.
Saya telah menulis beberapa artikel dan infografik yang memberi anda info lebih lanjut bagi setiap scan serta memudahkan anda membuat keputusan yang lebih baik. 
Apa itu Basic Scan?, Apa itu Detail Scan?, Apa Beza Basic Scan & Detail Scan?, 2D/3D/4D Scan Baby- Yang mana pilihan terbaik? Jantina Baby scan yang mana? Baby saya sihat seluruh anggota badan ke? Baby saya ada masalah ke? Detail scan berapa minggu? Jantina baby dapat dilihat berapa minggu? Scan baby sesuai berapa minggu? dan sebagainya. 

Sila klik link ini:


Jikalau anda berminat untuk melalui sendiri pengalaman scan

Ekslusif bersama saya..

JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA 

(DR SITI SUHAILA) πŸ™‚
https://3d4d-scan.com/baby-package/
https://3d4d-scan.com/contact/



Semoga tahun ini lebih bermakna dan lebih baik untuk kita semua berbanding tahun-tahun yang lepas. Ameen. 




#covid #detailscanbaby #detailscan #detailscangombak #detailscanmurah #scanbaby #scanbabygombak #klinikscanbaby #hargascanbaby #drsitiscan #drsitisuhaila #3d4dscan #3d4dscanbaby #2dscan #2dscanbaby #scanjantina #jantinababy #2021 #ibuhamil #ibumengandung